Showing posts with label Berita Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Berita Sahabat. Show all posts

Monday, November 9, 2009

TERIMA KASIH SAIDIN SALLEH.



SAIDIN SALLEH ORANG PERTAMA MENGIKUTI BLOG INI SECARA RESMI DEGAN MENJADI "FOLLOWER". FOTO 1961 DI ATAS MENUNJUKKAN SAIDIN DI SITU. CAMKAH KALIAN? SAYA BERSAMA BELIAU DALAM KELAS YG SAMA...KERANA SAYA DATANG LAGI KE SBS KALI KEDUANYA UTK MENAMATKAN KURSUS "MASTERS" SAYA KAH KAH KAH....

SEPERTI BIASA UTK MELIHAT FOTO YG LEBIH BESAR LETAK SESUMPAH PADA FOTO DAN KLIK!

MEREKA YG AKTIF MENYUMBANGKAN "ARTIKEL" KE POHON BERINGIN VERSI CETAK.









Di atas ini adalah mereka yg kerap menyumbangkan "artikel" ke Pohon Beringin. Memori-memori silam telah banyak menceriakan hidup kita. Baru-baru ini Sdr USUL GHAFLI KAMARUDIN ('62) pula tampil untuk lebih aktif. Terima kasih Usul sahabatku. Demekian pula Abd Majid Embee ('62), Harith Ismail (SM 1 - '53), teman sekelas saya dan Muhiyaddin Rashid juga teman sekelas dari 1953 sampai kpd 1958. Tetapi saya cukup bangga dgn usaha Ghazali Ariffin ('62) yg tidak pernah jemu dan letih untuk menulis kepada kita saban bulan. Pendek-kata saya berterimakasih kepada semua yg ada di bawah POHON ini - tanpa kalian siapalah saya ini.

Seperti biasa utk lihat gambar yg lebih besar, letak kursor pada foto dan klik
.

INILAH MEREKA, 27 HADIRIN DI PSA - SBS'62, 03 OKT.2009



Nah inilah mereka 27 para sahabat yg akrab lagi mesra di hari PSA5-SBS'62 di rumah Fadzil Murad, dekat Lebuhraya Sultanah Bahiyah (Masjid Aman), Alor Setar, Kedah. Dan USUL GHAFLI KAMARUDIN pun menulis begini:
" 27 rakan classmates menyahut jemputan Perjumpaan Silaturrahmi Aidilfitri 5, SBS '62 (PSA5-SBS'62). 19 rakan bawa isteri. Haji dari Shah Alam jadi khalifah baca Yassin dan Tahlil dan Doa dibaca oleh Haji dari Taman Jayakami Alor Setar. Seorang rakan dan isteri datang dari Shah Alam. Seorang rakan (Datuk) dan Datin datang dari Kuala Lumpur. Seorang rakan datang solo dari Pengkalan Hulu, Perak. Dua rakan dan isteri datang dari Pulau Pinang. Selebihnya dari daerah-daerah Kedah. Dua Rakan yg datang telah menjalani heart bypass. Seorang baru keluar hospital menjalani audiogram. Dua rakan bawa isteri - baru keluar hospital. Dua rakan datang kali pertama. Dua rakan yg pernah kena stroke pun datang. Seorang rakan dari Kulim mendapat berita pagi tersebut bahawa dia dan isteri akan menjadi tetamu Allah tahun ini dan akan berangkat hujung bulan Oktober - be4rkat baca Yassin. Seorang rakan berjanggut panjang tiada gigi. Ada rakan pakai songkok - pakai ketayap - yg rambut hitam ada, yg beruban ramai. Seorang rakan bawa ikan siakap masak 10 rasa, yg bawa gado-gado pun ada dan tokua utk siapa? Semua isteri yg hadir diberi cenderamata, begitu juga rakan-rakan yg datang solo. Empat senior sekitar Alor Setar dijemput hadir dan seorang lagi datang solo. Ada rakan (tabib) promosi minyak angin - percuma hadiah kpd semua yg hadir. Ada juga rakan yg masih merokok walaupun di kotak ada gambar ngeri - yg tak merokok pun kena kanser. Ada rakan yg menyesal isteri tak ikut sama. Ada Bakaq tiada Abu ada Awang.

SEPERTI BIASA LETAK SESUMPAH ATAU KURSOR PADA GAMBAR & KLIK UTK LIHAT GAMBAR YG LEBIH BESAR!

Sunday, November 8, 2009

SBS Kelas '62 tetap akrab!



Pada tanggal 03 Oktober 2009 yakni 15 syawal 1430 sekali lagi kelas '62 SBS mengadakan Perjumpaan Silaturrahmi Aidilfitri dan pada kali ini mereka adakan majlis yg meriah lagi mesra itu di rumah Fadzil Murad di Alor Setar.


Ini adalah kali ke-5 perjumpaan sedemekian diadakan mereka. Alangkah mesra, akrab dan aktifnya mereka. Photo di atas menunjukkan sekelian para hadirin yakni Kelas '62 bersama-sama isteri mereka (hanya 19 dari dari pada 27 sahabat yg hadir membawa isteri bersama).

Seperti biasa untuk melihat foto yg lebih besar, letak kursor pada gambar dan klik.

Saturday, November 7, 2009

JEMPUTAN DARI MUHIYADDIN RASHID (SM.1 SBS 1953)



Saudara Haji Muhiyaddin Hj Abd Rashid (SM 1 1953 SBS)dari alamat TS 8741 Permatang Bertam, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang (Telefon: 04-5755192; 0124011404)akan melangsungkan majlis kenduri nikah putranya Mohd Shaiful pada tanggal 05 Disember 2009 / 18 Zulhijjah 1430. Beliau berbesar-hati dan bersyukur jika kita semua yang di bawah Pohon ini dapat hadir ke majlis kendurinya itu.

Foto menunjukkan Muhiyaddin di sebelah kanan ketika menghadiri perjumpaan PB di Bukit Awi, Kulim pada tanggal 25 Feb 2006.


UNTUK DAPAT MELIHAT GAMBAR YG LEBIH JELAS & BESAR, LETAK SESUMPAH PADA GAMBAR DAN KLIK!