Saturday, May 29, 2010

Tuesday, April 27, 2010

Friday, April 9, 2010

Friday, January 1, 2010

MUNIANDI DREBAR SAMI BELU.

JENAKA – dipetik dari internet & dialihbahasa oleh Dave Li

(TIADA KENA MENGENA DGN SESIAPAPUN BAIK YG HIDUP MAUPUN YG TELAH MATI, JIKA ADA PERSAMAAN AMATLAH MENDUKACITAKAN!)

MUNIANDI – Drebar (Supir) ku!

SAMI BELU dan MUNIANDI supirnya sedang melintasi sebatang jalan kampung di Sungai Siput, Perak.

Bila keluar sebuah selekoh tajam, seekor anjing berada di tengah jalan – tidak sempat elak anjing itupun digilis lalu mati.
Sami Belu cepat-cepat menyuruh Muniandi ke rumah peladang tuanpunya anjing untuk memberitahu apa telah terjadi. Setelah lama menunggu, akhirnya Muniandi muncul terhuyung-hayang serta baju berkeremot. – ditangannya sebotol arak dan dimulutnya sebatang curut Habana! Dan pada bajunya dan pipinya penuh dengan kesan gincu ciuman!!
Apa dah jadi? Tanya Sami Belu.
Muniandi menjawab; Peladang itu berikan saya sebotol arak, isterinya berikan saya curut Habana dan anak-anak gadisnya berikan saya ciuman.
Oh my God! Kata Sami Belu, Hang kata apa kpd mereka!?
Saya kata; Saya adalah drebar Sami Belu. Anjing tu dah mati.

Wednesday, December 9, 2009

DOA YAB MB KELANTAN TUAN GURU NIK AZIZ

GOMBAK, 6 Dis: Menteri Besarnya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam melahirkan rasa yakin bahawa Allah akan memakbulkan doa rakyat Kelantan yang dizalimi disebabkan kerajaan pusat enggan memberi wang royalti minyak pada kerajaan negeri.

"Kalau orang kafir (berdoa) pun, Allah janji akan makbulkan doanya kerana dizalimi, inikan pula orang Islam dan berjuang Islam di Kelantan," jelasnya dalam Himpunan Perpaduan Ummah 'PAS For All.



Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menegaskan bahawa beliau tidak kecewa jika ada pihak tertentu mengkritik saranannya bahawa rakyat Kelantan akan berdoa agar Najib dibinasakan.

Beliau juga melahirkan rasa tidak kisah dengan laporan negatif beberapa media massa, sebaliknya suka dengan beberapa kritikan tersebut.

"Hari-hari surat khabar (arus perdana) caci saya, saya sengeh (kerana) suka."

Baginya, berdoa sama ada memohon sesuatu hajat atau menolak sesuatu kezaliman merupakan sesuatu yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w.

"Bila kita ikut Nabi, jadikan doa sebagai senjata mukmin, maka ada orang yang marah."

Dalam ceramah selama 20 minit di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar, Beliau turut melafazkan doa khusus kepada Najib.

"Ya Allah ya Tuhanku, tolong buka hati Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya Perdana Menteri Malaysia perbetulkan fikirannya (lalu) beri (royalti minyak) petrol (milik) Kelantan)," doa Nik Aziz

"Minta perbetulkan pandangan Najib kalau dia berniat baik (dan) kalau berniat jahat (maka) musnahkannya."

"Kalau kamu (Najib) jahat, takkan nak suruh saya doa ya Allah, kau tolonglah orang yang jahat."

Sebelum pada itu, Kelab Penyokong PAS berbangsa India, Bala Subramaniam berpendapat bahawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu melahirkan rasa terkejut dengan saranan doa Nik Aziz agar Najib dibinasakan disebabkan kezaliman Perdana Menteri itu.

Ujarnya lagi, sepatutnya Muhyiddin menasihatkan Najib agar segera bertaubat dari melakukan kezaliman.

Nada yang sama turut ditegaskan oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

"Saya orang bukan Islam pun percaya bahawa Tuhan akan membantu rakyat yang dizalimi, kenapa Muhyiddin dan Najib tidak percaya doa Tok guru," ujarnya.