Sunday, August 1, 2010

AKU BENCI PERKASA!!!!...dari Malaysia Unplug Blog

Quote

".... Aku Melayu. Aku juga Muslim. Tapi aku BENCI kepada PERKASA.

Adakah ini bererti aku mengkhianati Melayu? TIDAK sama sekali.

Menentang PERKASA bererti aku mahu melihat bangsa Melayu hebat di mata dunia.

Aku menentang PERKASA kerana mereka suka menutup sejarah.kerana aku tidak suka bagaimana mereka cuba MEMPERBODOHKAN orang Melayu.

Lagi tebal kebodohan Melayu lagi berkuasalah UMNO. Apabila berkuasanya UMNO maka lagi senanglah mereka merompak harta rakyat. Apabila harta rakyat dirompak maka PERKASA mengharapkan sedikit sebanyak harta itu diberikan kepada mereka.

Aku masih ingat wajah Ibrahim Ali ketika sambutan hari Raya di rumah Anwar Ibrahim. Muka sedih dan tidak berdaya datang memohon simpati. Datang ke rumah Tuan Guru Nik Aziz meminta pertolongan agar diberi kerusi Pasir Mas.

Bila sudah menang. Memang melepaskan anjing. Sekarang dicubanya menggigit Anwar Ibrahim dan TG Nik Aziz. Menyalak tak tentu hala.

PEERKASA cuba menjadi hero untuk orang Melayu. Tapi dalam masa yang sama, telah mencemarkan maruah orang Melayu kerana telah menyebabkan bangsa - bangsa LAIN menyampah dengan bangsa ini.

Mereka telah menganggap orang Melayu sama saja kurang ajarnya dengan PERKASA dan UMNO . Kadang - kala tindakan mereka yang menggunakan nama agama suci ini juga telah menyebabkan penganut agama lain menjadi bertambah jauh daripada Islam.

Dari isu kalimah Allah hingga masuk dalam masjid. Semuanya diMelayukan oleh PERKASA dan UMNO .

Sedangkan zaman Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah jadi begitu. Islam tidak diArabkan hatta Islam itu sendiri bercanggah dengan naluri asal orang Arab. Aku begitu geli dengan mereka ini. Geli sifat munafik yang mereka tonjolkan. Mulut kata perjuangkan untuk bangsa dan agama tapi dalam masa mereka rela bersama - sama orang yang melakukan rasuah.

Aku Melayu. Malu aku apabila dicalitkan najis kebebalan PERKASA dan UMNO atas nama Ketuanan Melayu. Malu aku apabila orang sebangsa aku sanggup jadi pak turut Perkasa dalam isu yang sengaja khas direka oleh PERKASA dan UMNO.

Melayu jangan jadi layu.

MELAYU harus tunjukkan kepada bangsa - bangsa LAIN bahawa:
-- Kita sebenarnya cerdik.
-- Kita mampu berubah.
-- Kita mampu berfikir secara waras.
-- Kita boleh bertolak - ansur dalam sesuatu perkara.
-- Kita tidak gila macam Perkasa dan Umno.
-- Kita tidak bodoh seperti Umno dan Perkasa...."

No comments:

Post a Comment