Thursday, January 5, 2012

Ke mana kini mereka? (Yg Terlibat dlm perbicaraan kes Fitnah DSAI-1)

Jumaat, 30 Disember 2011
MOKHTAR ABDULLAH, KHALID JAFRI, DR QRISTINA, AUGUSTINE PAUL DAN KINI ARIFFIN JAKA MENEMUI ALLAH

Oleh:  WFAUZDIN NS
SEMALAM kita dapat berita, seorang Hakim bernama Ariffin Jaka telah meninggal dunia.  Ertinya, tiada sesiapa pun boleh menungkat langit dan berlagak sombong semasa di dunia ini. 
Ariffin Jaka kini telah mengadap Allah S.W.T yang telah menciptanya, sebagaimana semua makhluk di dunia dan yang berada di mana-mana planet cakrawala sekalipun semuanya Allah yang menjadikannya.  Bezanya, sebagai seorang manusia wajib kita diadili oleh Allah S.W.T di Akhir Zaman nanti.  Bahkan, sewaktu kita hampir-hampir hujung nyawa (Nazak) pun kita telah diberi bayangan oleh Allah S.W.T ke mana kita akan di tempatkan nanti.

Walaupun tiga kali pertuduhan dipinda, keterangan Azizan Abu Bakar dikatakan kukuh `sekukuh Gunung Gibralta"
Ariffin Jaka kini sedang diadili di alam Barzakh.  Jika sewaktu beliau bernyawa, beliau adalah Hakim yang sering disebut `Yang Arif'.  Beliau terkenal dan `glamour' apabila beliau terlibat di dalam perbicaraan fitnah 1 DS Anwar Ibrahim.  Sebelum itu, Mokhtar Abdullah Peguam Negara yang banyak berfungsi di dalam kes yang sama telah menemui ajalnya.  Hakim Augustine Paul juga begitu.  Masing-masing kini sedang diadili kecuali Augustine Paul sebab beliau bukan Islam dan tidak perlu lagi kepada pengadilan Allah kerana tempat bagi orang-orang Kafir sudah ditetapkan.
Mokhtar Abdullah mati di dalam keadaan koma, Penulis Buku Fitnah '10 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM" iaitu Khalid Jafri juga koma sebelum mati.  Buku itu menjadi asas kes Fitnah 1 DS Anwar.  Dr Qristina yang menjadi salah seorang saksi Pendakwa juga mati. 
Ariffin Jaka dan kita semua akan melihat sendiri bagaimana keadilan Allah terhadap kita apabila kita dikumpulkan di Padang Mahsyar.  Pada ketika itu, kita akan melihat sendiri adakah para-para Hakim `Yang Arif' serta Peguam-Peguam yang hebat ini mampu berhujah atau memutarbelit di hadapan Rabbul Jalil? 

Kepada Hakim yang sedang mengadili kes Fitnah II DS Anwar sekarang seharusnya muhasabah diri dengan menjadikan kematian Ariffin Jaka ini sebagai iktibar.  Begitu juga pihak Pendakwa dan Peguam Negara sekarang.  Jangan fikir kita mahu menungkat langit sehingga bila-bila.  Seandainya diberi peluang, Peguam Mokhtar Abdullah, Khalid Jafri, Dr Qristina dan Ariffin Jaka bahkan semua yang telah menemui Maha Penciptanya mahu diberi peluang kembali untuk hidup semula agar dapat melakukan amal ibadat yang banyak kepada Allah dan tidak akan berlaku zalim lagi.  Tapi, apakan daya.../wfauzdin.blogspot.com

Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 1:00 PTG

No comments:

Post a Comment