Tuesday, December 13, 2011

Khalid Samad: Rakyat Inginkan Perubahan Jangan Kita Ditakut-takutkan Ole...

Najib dalang kes Liwat.

Monday, December 12, 2011


Najib dalang konspirasi kes liwat Anwar - peguam


KUALA LUMPUR, 12 Dis – Barisan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab atas tuduhan liwat semasa dikenakan ke atas Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana “cap jari” perdana menteri ada di banyak peringkat kes.


Anwar telah berulang kali menuduh Najib terlibat dalam kes liwat kedua dihadapi beliau, malah telah menyifatkannya sebagai satu konspirasi bagi memusnahkan kerjaya politik.

Peguam Sankara Nair menegaskan semula dakwaan Anwar dengan menekankan bahawa pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan pernah mengaku ada mengadakan pertemuan dengan Najib (gambar), yang pada 2008 merupakan timbalan perdana menteri, beberapa hari sebelum kejadian liwat didakwa berlaku.

Sankara juga berhujah bahawa wujud banyak elemen tidak konsisten dalam kes pihak pendakwaan dan bukan sahaja mempersoalkan kredibiliti Saiful, tetapi juga beberapa saksi pendakwa yang lain.

“Adalah jelas cap jari Datuk Seri Najib Razak ada di semua tempat usaha terdesak pelbagai pihak untuk menyomotkan mereka,” kata Sankara ketika hujah penggulungan kes pihak pembela hari ini.

Peguam itu berkata, pertemuan antara Saiful dan Najib di kediaman rasminya pada Jun 2008 juga menimbulkan keraguan mengenai usaha jahat dalam kes semasa ini.

Justeru menurut Sankara, perdana menteri memberi jawapan-jawapan yang bercanggah kepada media apabila ditanya mengenai perkara berkenaan - pertama mengatakan Saiful bertemu dengan beliau mengenai biasiswa dan kemudian datang untuk mengadu mengenai salah laku Anwar.

“Mengapa tidak Najib datang dengan bersih apabila kali pertama ditanya mengenai perkara ini?

“Apa yang perlu disembunyikan? Mengapa beliau perlu berbohong?” kata Sankara.

Selain itu, Sankara berkata, konspirasi juga melibatkan pembabitan SAC Datuk Rodhwan Ismail dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.

Peguam itu mempersoalkan sebab Rodhwan mengadakan pertemuan dengan Saiful sebelum dia membuat laporan polis sedangkan beliau bukan pegawai penyiasat ketika itu.

Selain itu, Sankara juga menimbulkan persoalan bagaimana Saiful memperoleh nombor telefon Musa.

“Nampaknya dia terdengar perbualan antara Datuk Khairil Anas atau seorang pembantu dan Najib di mana nombor telefon Musa disebutkan dan dia menyimpan dalam telefon bimbitnya,” katanya lagi.

Sankara juga menekankan hakikat berkenan Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor memohon untuk mengetepiakn sepina meminta mereka hadir di mahkamah sebagai saksi pembela.

Katanya, kedua-dua mereka tidak sewajarnya mengelak jika tiada sebarang perkara untuk disembunyikan.

“Jika perdana menteri dan Rosmah tidak relevan, maka mengapa pegawai penyiasat DSP Jude Pereira perlu merekodkan kenyataan mereka?

“Ini bukan hanya rumusan kami. Ia juga rumusan rakyat umum,” katanya. Terdahulu, pihak pembela juga mempersoalkan kredibiliti saksi utama dan mahukan mahkamah menilai semula kredibiliti saksi itu kerana ia menjadi perhatian utama dalam kes ini.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh berkata ia jelas daripada keterangan Saiful yang berbohong walaupun mahkamah mendapati beliau adalah saksi yang boleh dipercayai pada penutup kes pendakwaan.

Anwar menghadapi pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap bekas pembantunya Saiful, 26, di Desa Damansara Condominium di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Karpal juga berkata kredibiliti Saiful terus terhakis kerana dia lambat membuat laporan yang hanya dilakukan dua hari selepas dakwaan insiden itu berlaku dan tidak ada penjelasan yang boleh diterima atas kelewatan itu.

Karpal juga mahu mahkamah itu menangguhkan keputusannya mengenai kes liwat Anwar bagi membolehkan Saiful dipanggil semula dan memanggil Timbalan Pendakwa raya Farah Azlina Latif, anggota pasukan pendakwaan, yang didakwa ada hubungan sulit dengan Saiful, sebagai saksi, untuk menafikan dakwaan itu dengan bersumpah.

Penghujahan itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung esok.


The Malaysian Insider

Friday, December 9, 2011

ASALKAN BUKAN UMNO/BN - ABU

ASALKAN BUKAN umno

Posted on December 9, 2011
1


Wakil-wakil ABU di sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini
Berikut adalah teks kenyataan media yang disampaikan di sidang media di Kuala Lumpur serta di sidang-sidang media di seluruh Malaysia, kecuali di Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak dijangka akan mengadakan sidang media untuk umumkan initiatif sendiri dalam masa yang terdekat ini.
___________________________
Kami merayu dan menyeru kepada semua; pekerja, petani, nelayan, persatuan dan pertubuhan, badan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO), parti politik komponen Barisan Nasional, kecuali UMNO, parti pembangkang atau parti politik bebas, golongan profesional, ahli akademik dan cendiakawan, mahasiswa, karyawan, para artis dan pekerja seni, malah semua kelompok rakyat tersisih dan tertindas (marginalised) seperti kumpulan Mat Rempit, gelandangan (homeless), penganggur (jobless) dan lain-lain supaya melahirkan dengan nyata (melalui kenyataan media seperti ini atau tunjuk perasaan dan sebagainya) rasa tidak yakin kita masing-masing terhadap UMNO yang sudah tidak sedar diri, korup, angkuh, menindas, zalim dan kebelakangan ini BODOH SOMBONG!!!

Kini bukan masanya lagi untuk kita terus mendiamkan diri dan tidak mahu ambil tahu, kecuali anda rela mewariskan Malaysia yang musnah kepada generasi akan datang. Masihkah kita tidak nampak atau sengaja mahu membiarkan saja apabila sisa-baki hak demokratik rakyat yang hanya tinggal secebis itu pun dinafikan, manakala segala tuntutan rakyat terus diabaikan?
Sepanjang pemerintahan UMNO/BN kita semua juga sebenarnya telah bersama-sama menyumbang –akibat sikap kita yang ‘biarkanlah’, ‘tidak kisah’ serta ‘ignorant‘, dll– dalam menyemai kuasa kuku besi pemerintah yang kejam hinggalah kini kuasa itu menjadi parah dan terlalu mencengkam.

ABU akan melancarkan kempen ke seluruh Negara untuk menyeru rakyat supaya berani menyatakan pendirian jijik dan perasaan meluat mereka terhadap penyelewengan dan rasuah yang UMNO/BN amalkan, lantas dengan tidak teragak-agak menolak UMNO/BN.
Kesan yang kini dirasai rakyat ialah kenaikan harga barang yang melampau. 80 peratus rakyat Malaysia kini terpaksa menanggung beban kos sarahidup yang semakin tinggi. Sedangkan pemimpin-pemimpin UMNO/BN dan kroninya hidup dengan mewah sekali.
Kewujudan undang-undang kejam yang menekan dan menzalimi rakyat sehingga teguran dan rintihan rakyat tidak dipedulikan. Bantahan rakyat dengan angkuh diperangi secara kejam dan ganas. Kini timbul pula undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang langsung tidak masuk akal.

Politik perkauman digunakan untuk menakutkan rakyat. Taktik ‘pecah’ dan ‘perintah’ dilaksanakan untuk menutup berita penyelewengan dan rasuah serta boros dan tamaknya pemimpin-peminpin UMNO/BN ini. Selama pemerintahan UMNO/BN rakyat Malaysia didodoikan dengan slogan perkauman sempit. Kini isu agama dicipta dan diapi-apikan untuk memastikan kelangsungan jangkahayat politik UMNO/BN.
Kini keselamatan rakyat akan terancam dengan kewujudan kilang Lynas dimana kesan radioaktif akan membahayakan mereka. Alasan petroleum semakin kering digunakan bagi kononnya mencari sumber ekonomi yang baru malah wang simpanan Negara telah masuk ke dalam poket pemimpin-pemimpin UMNO/BN dan kroninya. Lynas akan menjamin keuntungan mereka walaupun membahayakan rakyat.

Operator-operator kami di seluruh Negara sudahpun menjalankan kerja-kerja penerangan kepada rakyat, termasuk anggota polis, tentera dan kakitangan awam agar lebih celik kepada pembohongan dan kekejaman yang dilakukan pada mereka oleh UMNO/BN.
Kini, ketika cebisan harapan hak-hak rakyat dalam keadaan uzur kritikal yang hampir saja mustahil dapat dipertahankan akibat dibantai pemerintah selama ini, apakah lagi alasan dapat mewajarkan ketakutan dibiarkan bermaharaja-lela membungkam suara hati kita?

Apabila tuntutan rakyat tidak dihiraukan malah terus saja dipersendakan pemerintah, cukupkah sekadar bersandarkan alasan-alasan ideal (umpamanya; apolitical, non-partisan, impartial dan macam-macam lagi) sebagai lapik indah. Sudah tiba masanya bagi kita untuk tidak lagi menghalalkan sifat ‘dayus’ dan ‘bacul’ kita dengan terus kekal takut untuk bangkit berjuang menyatakan pendirian dan terus menolak UMNO/BN.
Dengan ini kami umumkan pada 15 Disember 2011 jam 8.00 malam satu forum besar-besaran akan diadakan di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar, Gombak. Forum yang akan dihadiri oleh rakyat dari seluruh Negara ini akan juga membuat satu lagi pengumuman besar yang akan merubah situasi politik di Negara Malaysia.

Sunday, December 4, 2011

August 30, 2011 - 1 Syawal 1432 ('Aidilfitri al-Mubarak) Slideshow Slideshow

August 30, 2011 - 1 Syawal 1432 ('Aidilfitri al-Mubarak) Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ August 30, 2011 - 1 Syawal 1432 ('Aidilfitri al-Mubarak) Slideshow Slideshow ★ to Star. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

Wednesday, October 26, 2011

JANGAN MUDAH LUPA!!


Sebuah posting dalam Facebook grup yg saya temui pada pagi 26.10.2011 – oleh Tok Janggut dlm FB grup ‘Road to Putra Jaya’ – Dave Li

"JASA BESAR" KERAJAAN UMNO-BN KEPADA RAKYAT MALAYSIA....UNTUK MELAYU YANG MUDAH LUPA!!!!!

1. PKFZ RM12bill
2. Submarine RM500mil
3. Simedarby RM964mil
... 4. Paya Indah Westland RM88mil
5. Posmalaysia (transmile) RM230mil lost
6. Eurocopter deal RM1bil waste?
7. Terengganu Stadium Collapsed RM292mil
8. MRR2 repair cost RM70mil
9. Maybank Overpay for BII RM4bil
10. Tourism -NYY kickback RM10mil
11. 3 paintings bought by MAS—————– RM 1.5M
12. Overpayment by Sport Ministry ————- RM 8.4M
13. London 's white elephant sports complex —- RM 70M
14. MRR2 Repairs—————————— RM 70M
15. MATRADE repairs ————————– RM 120M
16. Cost of new plane used by PM————– RM 200M
17. InventQ irrecoverable debt —————- RM 228M
18. Compensation for killing crooked bridge —– RM 257M
20. Lost in selling Augusta ——————— RM 510M
21. Worth of AP given out in a year ———— RM 1.8B
22. Submarines (future Muzium Negara artifacts)- RM 4.1B
23. PSC Naval dockyard ———————— RM 6.75B
24. The Bank Bumiputra twin scandals in the early 1980s saw US$1 billion (RM3.2 billion in 2008 ringgit)
25. The Maminco attempt to corner the world tin market in the 1980s isbelieved to have cost some US$500 million. (RM1.6 billion)
26. Betting in foreign exchange futures cost Bank Negara Malaysia RM30 billion in the 1990s.
27. Perwaja Steel resulted in losses of US$800 million (RM2.56 billion).
28. Use of RM10 billion public funds in the Valuecap Sdn. Bhd. operation to shore up the stock market
29. Banking scandal of RM700 million losses in Bank Islam
30. The sale of M.V. Agusta by Proton for one Euro making a loss of €75.99 million (RM 348 million)
31. Wang Ehsan from oil royalty on Terengganu RM7.4 billion from 2004 – 2007
32. For the past 10 years since Philharmonic Orchestra wasestablished, this orchestra has swallowed a total of RM500 million.Hiring a kwai-lo CEO with salary of more than RM1 M per annum !!
33. In Advisors Fees, Mahathir was paid RM180,000, Shahrizat AbdulJalil (women and social development affairs) RM404,726 and Abdul HamidOthman (religious) RM549,675 per annum
34. The government has spent a total of RM3.2 billion in teachingMaths and Science in English over the past five years. Out of theamount, the government paid a whopping RM2.21 billion for the purchaseof information and computer technology (ICT) equipments which it isunable to give a breakdown. Govt paid more than RM6k per notebook vsper market price of less than RM3k through some new consortiums thatsetup just to transact the notebook deal. There was no math &science content for the teachers and the notebooks are all with theteachers' children now.
35. The commission paid for purchase of jets and submarines to twoprivate companies Perimeker Sdn Bhd and IMT Defence Sdn Bhd amounted toRM910 million.
36. RM300 million to compensate Gerbang Perdana for the RM1.1 billion "Crooked Scenic Half-Bridge"
37. RM1.3 billion have been wasted building the white elephantCustoms, Immigration and Quarantine (CIQ) facilities on cancellation ofthe Malaysia-Singapore scenic bridge
38. RM 100 million on renovation of Parliament building and leaks
39. National Astronaut Programme – RM 40 million
40. National Service Training Programme – yearly an estimate of RM 500 million
41. Eye on Malaysia – RM 30 million and another RM5.7 million of free ticket
42. RM 2.4 million on indelible ink
43. Samy announced in September 2006 that the government paidcompensation amounting to RM 38.5 billion to 20 highway companies. RM380 million windfalls for 9 toll concessionaires earned solely from thetoll hike in 2008 alone.
44. RM32 million timber export kickbacks involving companies connected to Sarawak Chief Minister and his family.
45. Two bailouts of Malaysia Airline System RM7.9 billion. At atime when MAS incurring losses every year, RM1.55 million used to buythree paintings to decorate its chairman's (Munir) office.
46. Putra transport system bailout which cost RM4.486 billion.
47. STAR-LRT bailout costing RM3.256 billion.
48. National Sewerage System bailout costing RM192.54 million.
49. Seremban-Port Dickson Highway bailout costing RM142 million.
50. Kuching Prison bailout costing RM135 million.
51. Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam bailout costing RM8.3 million.
52. Le Tour de Langkawi bailout costing RM 3.5 Million.
53. Wholesale distribution of tens of millions of shares in BursaMalaysia under guise of NEP to cronies, children and relatives of BNleaders and Ministers worth billions of ringgits.
54. Alienation of tens of thousands of hectares of commercial landsand forestry concessions to children and relatives of BN leaders andMinisters worth tens of billions of ringgits.
55. Since 1997, Petronas has handed out a staggering 30 billionringgit in natural gas subsidies to IPPs who were making huge profits.In addition, there were much wastages and forward trading of Petronasoil in the 1990s based on the low price of oil then. Since the accountsof Petronas are for the eyes of Prime Minister only, we have absolutelyno idea of the amount.
56. RM5700 for a car jack worth RM50
57. Government-owned vehicle consumed a tank of petrol worth RM113 within a few minutes
58. A pole platform that cost RM990 was bought for RM30,000
59. A thumbdrive that cost RM90 was bought for RM480
60. A cabinet that cost RM1,500 was bought for RM13,500
61. A flashlight that cost RM35 was bought for RM143
62. Expenses for 1 Malaysia campaign paid to APCO?
63. RM17 billion subsidy to IPP

Monday, October 17, 2011

KEAGUNGAN ZHENG HE ATAU CHENG HO

Para peserta seminar yang dianjurkan oleh Royal Geographical Society di London beberapa tahun lalu dihidangkan dengan satu fakta yang mengejutkan. Seorang ahli kapal selam dan sejarawan bernama Gavin Menzies telah memberikan hujah dan kertas kerja mengenai kajiannya terhadap siapa orang yang pertama menjumpai benua Amerika. Pada seminar itu, Menzies menjelaskan bukti tentang pelayaran terkenal dari pelaut mahsyur berasal dari Cina, Laksamana Zheng He. Bersama bukti-bukti yang ditemui dari catatan sejarah, Menzies memberi kesimpulan bahawa pengembara terulung dari dinasti Ming itu adalah orang yang pertama menemui benua Amerika, bukannya Columbus. Menurut Menzies, Zheng He 'mengalahkan' Columbus dengan tempoh beza waktu sekitar 70 tahun. Kenyataan Menzies ini dikuatkan dengan sejumlah bukti sejarah. Menzies menunjukkan peta dunia yang dilukis sebelum Columbus memulakan ekspedisinya (gambar di atas). Peta itu lengkap dengan gambar benua Amerika serta sebuah peta astronomi milik Zheng He. Menzies melakukan kajian selama lebih dari 14 tahun. Ini termasuk kajian peta-peta kuno, bukti artifak dan juga pengembangan dari teknologi astronomi moden seperti melalui program software Starry Night. Dari bukti-bukti yang diperolehi, Menzies mengatakan bahawa sebahagian besar peta mahupun tulisan pelayaran China kuno bersumber pada pelayaran Laksamana Zheng He. Penjelajahannya sehingga mencapai benua Amerika mengambil waktu antara tahun 1421 dan 1423. Sebelum itu, armada kapal Zheng He berlayar menyusuri jalur selatan melalui Afrika dan sampai ke Amerika Selatan.
Perbandingan armada Zheng He dan Colombus Selama ini, masyarakat dunia mengetahui sejarah Zheng He sebagai penjelajah ulung tetapi tidak mendalami lebih dari itu. Dia lahir di Kunyang, kota yang berada di sebelah barat daya Negeri Yunnan, pada tahun 1371. Keluarganya yang bernama Ma, adalah sebahagian daripada warga minoriti Semur. Mereka berasal dari kawasan Asia Tengah serta menganut agama Islam. Ayah dan datuk Zheng He diketahui pernah mengadakan perjalanan haji ke Tanah Suci Makkah. Zheng He adalah seorang Muslim yang taat. Yunan adalah salah satu wilayah terakhir pertahanan bangsa Mongol, yang sudah lama wujud sebelum zaman dinasti Ming. Pada waktu dinasti Ming menguasai Yunan tahun 1382, Zheng He turut ditawan dan dibawa ke Nanjing. Ketika itu dia masih berusia 11 tahun. Beberapa tahun selepas itu, Maharaja Cina telah memberikan nama Zheng He kepadanya hingga akhirnya dia menjadi salah satu panglima laut paling termashyur di dunia

Sunday, September 18, 2011

DAP UNTUK SEMUA & TUNKU AZIZ IBRAHIM.

Mengenali Tunku Aziz – Bahagian Pertama 15 September 2011 Dalam satu wawancara dengan wartawan Roketkini, Amaluddin Zhafir dengan Tunku Abdul Aziz Ibrahim, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP ini telah berkongsi pengalaman beliau yang sedikit sebanyak menyelami kehidupan lampau beliau dan sedikit pandangan politik beliau. Dilahirkan pada tahun 1934, Tunku Abdul membesar di zaman perang dunia kedua, mengaharungi hidup beliau dengan pelbagai rencam kehidupan. Menceritakan sejarah beliau pra-Merdeka, seperti menyelami dan dapat merasai kehidupan beliau dan kesengsaraannya sendiri. Tunku seorang yang mahir berbicara, tutur katanya lembut, penuh makna dan sindiran, dan jenaka. Masih lagi sedikit dengan pelat Kedah beliau, Tunku seperti kebanyakan pemimpin utama DAP, adalah seorang yang rendah diri. Umpama resmi padi, makin berusia, makin menunduk. Zaman pendudukan Jepun “Pada tahun kelahiran saya, ayah saya ditukar ke Kuala Nerang sebagai OCPD Kuala Nerang. Tunku Abdul Rahman juga waktu itu jadi Deputy District Officer Kuala Nerang. “Dari situ, kedua-dua mereka dipindahkan ke Langkawi, Tunku DO Langkawi, ayah saya OCPD. “Ayah saya tak sampai setahun ditukar balik ke Alor Setar dan ke Gurun pada 1937 dan tinggal di sana sehingga mulanya perang Jepun,” ceritanya dengan kadang-kadang merenung kembali kehidupan beliau di waktu itu. Sambung Tunku, “Ketika perang sudah betul-betul hampir, saya kecil lagi masa tu. Dok nampaklah askar-askar British bersiap naik ke Jitra sebab Jitra adalah barisan depan pertahanan. “Terusan Wan Mat Saman masa tu mana ada jambatan. Yang ada cuma yang orang Melayu kita buat dengan batang nyior dan kemudian guna batang pinang. Jadi, masa dekat nak perang, askar British buat jambatan. Jadi luaslah, banyak kenderaan boleh masuk, keluar. “Masa perang tu, ketika British kalah di Jitra, Alor Setar juga sudah jatuh, mereka turun ke Gurun. Gurun adalah barisan kedua pertahanan. Sebelum Jepun sampai ke Gurun, dalam masa 24 jam, Jitra yang dah jatuh. Sampai Gurun, kononnyalah, di situ British hendak perang dengan Jepun. “Seperti di Jitra, di Gurun pun begitu. Tetapi 24 jam sebelum Gurun diserang, baru British bebaskan polis dari bertahan. Sebelum tu, polis kena bertugas. Dan bila dilepaskan itulah, turun ke Kulim dan dari Kulim turun ke Bandar Baru. “Waktu itu, semuanya turunlah bersama. Termasuk keluarga-keluarga, termasuk Sultan, semua ikut pergi sebelah selatan Kedah. Lepas tu dan Jepun masuk dia dah pergi turun lagi lah sampai Ipoh, Slim River, Kuala Lumpur…” Menurut Tunku, dua atau tiga minggu selepas itu, semua pegawai kerajaan dikerah untuk bertugas kembali. Bila mereka pulang ke rumah masing-masing, habis berlubang kediaman dek peluru. Padang kawad polis pula dipenuhi dengan tinggalan topeng gas, senapang-senapang, bren gun, machine gun dan lain-lain. Malah, maya-maya masih bergelimpangan di kawasan itu. “Setakat yang saya ingat, lebih kurang seminggu lebihlah baru mayat orang yang mati dalam perang diubah. Bila diubahkan mayat-mayat itu, rumput-rumput dah jadi kuning. Jadi, kita boleh nampaklah outline kuning tinggalan mayat-mayat tu. “Ramai yang terkorban. Kebanyakan yang mati itu askar British lah tetapi kebanyakaannya British Indian Army yang terdiri dari Gurkha, Bengali, Sikh, dan Islam dari Baluchistan… Mereka ni sebahagian dari British. Itu tahun 1941,” jelasnya mengakhiri nostalgia zaman perang. Zaman persekolahan “Saya betul-betul belajar adalah adalah selepas perang, barangkali ketika umur saya 11 tahun. Saya masuk Kolej Sultan Abdul Hamid. Saya ambil Special Malay Class. Saya di kolej itu sampai tahun 1949. kemudian pindah ke Klang. Tunku menjelaskan di Klang High School, beliau sangat aktif – menjadi pengawas sekolah, kapten pasukan ragbi, pemain bola sepak sekolah, pengarang untuk majalah sekolah dan turut aktif sebagai setiausaha kelab debat. “Maksudnya saya sangat-sangat aktif. Bukan semata-mata nak belajar saja,” katanya menyambung, “Kemudian tubuhkan Young Malayans Club, yang diarahkan oleh seorang guru besar orang putih. Jadi dia keluarkan satu akhbar untuk pelajar, namanya Young Malayan, dalam bahasa Inggerislah.” Atas dorongan guru besar Tunku, F.J. Rockliff, warga Australia, beliau disarankan menyambung pelajaran di Liverpool kerana menurut guru besarnya, beliau aktif dengan ragbi. “Bila balik jadi guru,” kata Rockliff kepadanya, “Kita boleh ajar budak-budak main ragbi.” “Jadi, dia cadangkan dan saya diberi biasiswa dihantar pergi ke maktab perguruan Kirkby di Liverpool iaitu pada tahun 1954. Saya di sana selama dua tahun. Saya kembali dalam September 1956, setahun sebelum merdeka. Jadi masa tu, pejabat Pelajaran tanya, mana tempat suka untuk pergi mengajar. “Waktu itu, saya dok tengok, orang ramai nak pergi mengajar ke pekan-pekan besar. Tetapi, saya minta nak pergi ke kawasan pantai timur, sebelah Pahang, Kelantan dan Terangganu kerana saya fikir, kerajaan dah bagi satu peluang yang besar dapat latihan di England lagi. Jadi masa tu, saya fikir saya kena bagi balik kepada negara kita, lagi pun, macam pantai timur ni, macam Kelantan, Pahang, Terangganu ni, masyarakat Melayu masa tu keadaannya cukup teruk. “Sekolah pun kekurangan. Jadi saya rasa itulah tempat yang saya boleh tolong bantu kepada budak-budak Melayu kita. Keadaan di sana juga bukan menyenangkan sangat. Masa tu kalau nak mandi kena turun ke sungai, bukan macam sekarang. “Ya, saya memang suka buat kerja di sana,” ujarnya bersemangat. Bagi Tunku, sebagai rakyat yang dibantu kerajaan, beliau ada rasa tanggungjawab membantu kembali kerajaan. “Macam sekarang, kita tengok budak-budak dapat biasiswa, dapat pinjaman, dah kerja pun masih tak bayar. Kita kena ada tanggungjawab. Kita dah terima pertolongan. Ini duit rakyat, jadi kalau kita tak bayar, orang lain tak dapat peluang, tak cukup duit,” jelasnya. Selepas habis kontrak lima tahun oleh Kirkby College sebagai guru, Tunku mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di Universiti Tasmania di Australia untuk mengambil jurusan Sains Politik dan Sejarah. Mengamal ilmu yang ditimba “Ini pasal politik… Kita merdeka dan sebelum itu pun orang Kedah pun dah ramai… Tengoklah kebanyakan yang jadi orang penting siapa dia? Orang Kedah seperti Tunku Abdul Rahman, Khir Johari, Encik Senu. Ini semua orang Kedah. “Lagi pun, orang yang masa itu yang ada pelajaran tinggi, bukan di tempat lain, Kedah dah ada orang yang pergi Oxford dan Cambridge. Jadi memang kita punya kesedaran, nak dapatkan kemerdekaan negara kita, jadi sebab itu saya fikir waktu itu untuk belajar Sains Politik dan Sejarah. “Sebab kalau kita tak faham sejarah kita, termasuk hikayat dan sebagainya, susahlah. Jadi masa tu lagi kita berasa kita kena berusaha,” jelas Tunku panjang lebar apabila ditanya kenapa memilih Sains Politik dan Sejarah. Di Universiti Tasmania, Tunku merupakan orang bukan kulit putih pertama yang menjadi pengarang majalah kesatuan pelajar di sana, iaitu Togatus yang masih wujud hingga sekarang. Menurutnya, ia adalah sesuatu yang luar biasa bagi orang kulit putih di sana sehingga timbul rasa hormat terhadap anak Melayu yang boleh menulis dan menyunting Bahasa Inggeris dengan baik. Tambah Tunku, beliau bukan kesorangan malah turut di bantu oleh sahabat baik beliau, Salleh Ben Joned, penyair terkenal Malaysia, yang ketika itu menjadi pengarang bahagian sastera majalah tersebut. “Selepas saya balik, Salleh Ben Joned pula ganti jadi pengarang Togatus. Tengoklah, orang Melayu memang boleh pun,” jelasnya. Menyebut tentang kebolehan dan kemahiran orang Melayu, fikiran Tunku tertumpu kepada system pendidikan di Malaysia pada masa ini. Bagi beliau, pembelajaran Bahasa Inggeris amat penting untuk bersaing di peringkat antarabangsa. “Kita perlu ada semangat dan keazaman politik yang kuat untuk melakukan perubahan. Kita perlu menyusun semula sistem pendidikan dengan bersistematik.” Mengimbas kembali sistem pengajian ketika era kolonial, jelas Tunku, “Jika kita gagal dalam Bahasa Inggeris, kita akan gagal dalam semua mata pelajaran. Kenapa orang ramai perlu terima keadaan ini? Ini kerana mereka tiada pilihan dan kita juga waktu itu perlukan Bahasa Inggeris sebagai pasport untuk melanjutkan pelajaran kita, sebagai pasport untuk mendapatkan pekerjaan,” Justeru, beliau meminta rakyat Malaysia tidak terlalu emosi berkaitan bahasa. Rusuhan kaum 13 Mei 1969 “Masa tu saya di England. Saya pun masa tu dah habis kerja di England, dan sebelum balik saya ambil cuti dua minggu dan masa itulah mulanya tragedi itu,” jelasnya sebaik diaju soalan berhubung tragedi 13 Mei 1969. “Tetapi, walau pun saya tiada di sana, saya tahu apa yang terjadi. Adik saya, Tunku Muszaffar Shah yang ceritakan kepada saya. Dia masa itu pegawai polis yang muda, masa itu jawatannya di bawah Leftenan Kolonel Syed Hamzah dari Batalion 4 Askar Melayu. “Waktu itu, orang kata tentera dan polis tak jaga rakyat, itu tak betul. Menurut adik saya, ketika dia pergi ke Jalan Ipoh lama (di Kuala Lumpur), dia masuk bersama dua orang. Bila mereka masuk ke kawasan Cina itu, orang-orang Melayu keluar dengan parang dan pelbagai lagi senjatalah. “Depa kata, ‘bagus ini pegawai Melayu dah datang’. Tapi adik saya kata kepada mereka, ‘balik’ Kalau tak balik, saya akan tembak’. Selepas kumpulan Melayu itu beredar, adik saya nampak orang Cina yang menyorok di kawasan kolam bijih timah keluar seorang demi seorang. “Awak tahu kenapa adik saya bertegas? Itu kerana mereka punya tugas. Pegawai polis harus menjaga nyawa dan harta benda rakyat tanpa mengira siapa. “Tetapi sekarang dah lain. Macam perhimpunan aman Bersih 9 Julai lalu, polis dah jadi Hulk, dah jadi gangster,” ujarnya dengan senyuman bermakna. Oleh itu, bagi Tunku, sikap menuding jari kepada kaum lain berhubung apa-apa perkara perlu dikikis kerana setiap orang perlu berlaku adil dalam masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. – Roketkini.com Bahagian Kedua: Pandangan Tunku Abdul Aziz tentang UMNO, Pakatan Rakyat, DAP dan politik semasa

Tuesday, August 9, 2011

Friday, July 15, 2011

Yob Tualang Sekah: Siapa Eskay? baca sini..

Yob Tualang Sekah: Siapa Eskay? baca sini..: "1) Eskay asalnya beragama Hindu. Bapa beliau berbangsa India dan ibu berbangsa Siam. Beliau anak ke-3 dari 4 adik beradik dengan seorang aba..."

Monday, May 30, 2011

DAP jawab tuduhan UMNO!

Sidang Redaksi Roketkini Menjawab tuduhan UMNO – Alahai, Tengku Adnan…

Sama ada mahu menegakkan benang yang basah atau cuma mahu membodek boss UMNO, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pun tak ketinggalan dalam sandiwara menghentam DAP. Tak ada apa yang baru dalam kutukannya melainkan mengulangi herdik lapok dan basi. Agaknya pemimpin UMNO ini ingat minda orang Melayu masih lapok dan basi. Mungkin ramai juga ahli UMNO yang meloya dengan skrip perkauman ala 1960-an ini. Segala tuduhan Tengku Adnan ini dilaporkan dengan oleh organ parti UMNO yang bernama Utusan Malaysia pada 25 Mei 2011

Tuduhan: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, siapalah DAP yang mahu memperbodohkan orang Melayu sedangkan realitinya rakyat sendiri sedar bahawa parti tersebut hanya bersandiwara untuk mendapatkan kuasa.

Jawapan: Siapa yang memperbodohkan siapa? Orang Melayu semakin sedar realiti semasa bahawa UMNO semakin terdesak untuk mengekalkan kuasa. Kebanyakan pemimpin UMNO takut untuk berubah kerana ubah bererti pentadbiran telus dan adil manakala penyelewengan dan salah guna kuasa dapat dikurangkan kalau tak dihapuskan pun – ini juga bererti segala perubahan positif itu akan menutup peluang kebanyakan pemimpin UMNO dan kroni mereka mengaut keuntungan untuk diri dan keluarga mereka sahaja atas nama “Melayu”.

Tuduhan: Katanya, rancangan itu juga merupakan bukti bahawa DAP hanya menggunakan orang Melayu sebagai batu loncatan bagi meraih kedudukan semata-mata.

Jawapan: Siapa yang sebenarnya menggunakan orang Melayu sebagai batu loncatan untuk mendapat keududukan? Bukankah para pemimpin UMNO yang hidup senang-lenang sedangkan masih ramai Melayu miskin bukan sahaja di luar bandar tetapi juga di dalam bandar?

Tuduhan: “Inilah DAP yang tidak tahu menghargai apatah lagi untuk menghormati kebersamaan dan peranan yang dimainkan oleh semua kaum di negara ini malah sebaliknya mereka berbuat baik dengan orang Melayu kerana ada agenda tersembunyi”.

Jawapan: Bukan sahaja DAP menghormati kebersamaan dan peranan semua kaum, malah DAP mengamalkannya dan bukan cakap kosong. DAP bersama PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat mengamalkan pentadbiran cekap, akauntabel dan telus, dan ini dibuktikan di semua pentadbiran negeri-negeri Pakatan. Siapa yang ada agenda tersembunyi? Siapa yang menjerit 1Malaysia dan 1Melayu 1Bumiputera dalam nada dan nafas yang sama? Siapa yang memberi amaran kepada MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain parti komponen BN supaya jangan pertikai amalan dan kepimpinan UMNO?

Tuduhan: “DAP ini parti yang akan gunakan apa sahaja cara asalkan dapat mencapai matlamat mereka untuk mendapatkan kuasa.”

Jawapan: Para pemimpin dari parti mana yang menggunakan apa sahaja cara asalkan dapat mengekalkan kuasa termasuk memfitnah kononnya ada usaha menubuhkan negara Kristian, kononnya mahu merampas hak Melayu? Yang terbukti mmebuat tuduhan-tuduhan ini adalah para pemimpin UMNO.

Tuduhan: DAP tidak akan mengiktiraf orang Melayu dan meletakkannya di tempat yang tinggi kecuali mempunyai agenda tersembunyi.

Jawapan: Undang-undang tertinggi di Malaysia adalah Perlembagaan Persekutuan. DAP dan Pakatan Rakyat menjunjung Perlembagaan. Segala apa yang hak kepada orang Melayu dan kaum-kaum lain diberikan sepenuhnya oleh pentadbiran negeri-negeri Pakatan. Sebagai contoh, di Pulau Pinang, nasib dan kebajikan orang Melayu dijaga dengan baik tanpa menafikan hak-hak kaum lain. Guru-guru agama Islam, para huffaz, para warga tua dan mereka yang memerlukan sentiasa dibela. Pulau Pinang yang mempunyai dua majlis perbandaran MPPP dan MPSP masing-masing diketuai dua wanita Melayu Islam, yang pertama di Malaysia. Di mana bukti kononnya orang Melayu tidak diiktiraf oleh DAP? Tak kan cara UMNO bagi t-shirt percuma kepada para belia dalam kursus-kursus mereka sudah dianggap mengiktiraf orang Melayu…

Tuduhan: DAP sebenarnya mahu orang Melayu menjadi ‘pak turut’ kepada mereka yang boleh dicucuk hidung, ‘disuruh angguk mereka angguk, suruh geleng mereka geleng’ seperti yang telah berlaku di Perak sewaktu diperintah pembangkang dan juga di Selangor ketika ini.

Jawapan: Ini kes kronik mata rabun seorang pemimpin UMNO, ‘kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak’. Tanyalah orang Melayu, Cina, India, Orang Asli atau sesiapa sahaja di Selangor dan Perak; bantuan dan pertolongan yang disumbangkan oleh kerajaan negeri Pakatan, kalau pun tak terlalu hebat, jauh lebih baik hari ini berbanding zaman kroni UMNO-BN sahaja yang sapu bersih dahulu. Malah banyak lagi sumbangan yang mampu diberikan oleh kerajaan negeri Pakatan jika Kerajaan Pusat tidak menyekat bantuan. Malah Kerajaan Pusat masih berdegil enggan memberi hak royalti minyak yang menjadi hak sah negeri Kelantan. Mengapa masih ramai Melayu miskin di negeri-negeri di bawah pemerintahan UMNO? Apakah kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak sudah kaya-raya dan hidup mewah makmur di bawah pemerintahan BN? Jadi siapa yang mahu Melayu jadi pak turut yang boleh dicucuk hidung? Siapa yang tahu ada kura-kura dalam perahu tapi pura-pura tak tahu? Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Tuduhan: Tujuan DAP adalah untuk menimbulkan kekeliruan kepada rakyat, menjadikan masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai bangsa merasa tercabar serta marah, berlaku prasangka antara kaum sehingga keamanan negara tidak terjamin.

Jawapan: Siapa yang memfitnah angkara menubuhkan negara Kristian? Siapa yang mengadu domba kaum-kaum di Malaysia? Siapa yang sering memberi amaran kepada masyarakat pelbagai kaum supaya jangan menegur atau mempertikaikan amalan buruk UMNO? Siapa yang memfitnah Anwar Ibrahim? Siapa yang memfitnah Tok Guru Nik Aziz? Siapa yang memfitnah Lim Guan Eng? Siapa yang menggelar kaum India dan Cina sebagi pendatang? Siapa yang mencetuskan kekeliruan sehingga keamanan negara tidak terjamin?

Tuduhan: Tetapi strategi itu ternyata tidak membuahkan hasil, jadi mereka (DAP) kini merencanakan alternatif lain dengan menjadikan orang Melayu pula calon dalam parti mereka.

Jawapan: Siapa yang sebenarnya takut dengan bayang-bayang sendiri? Sejak bila parti politik tidak boleh menjadikan orang Melayu sebagai calon? Apakah itu hak UMNO semata-mata untuk meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya? DAP sebagai parti pelbagai kaum telah dan akan terus meletakkan calon-calon Melayu dalam pilihan raya, sebagaimana yang dilakukan sejak penubuhannya 45 tahun lalu. Malah DAP sentiasa meletakkan calon Melayu sepanjang 10 pilihan raya yang disertainya dan akan terus berbuat demikian selaras dengan prinsipnya sebagai wadah pelbagai kaum. – Roketkini.com

Saturday, May 28, 2011

TERIMAKASIH !!!

Terima Kasih





Malaysia
Harga Petrol : RM 1.90
Malaysia pengeluar ke-27 di dunia.

Qatar
Harga Petrol : RM 0.75
Qatar pengeluar ke-22 di dunia.

Oman
Harga Petrol : RM1.00
Oman pengeluar ke-28 di dunia.

Egypt @ Mesir
Harga Petrol : RM 1.06
Egypt pengeluar ke-29 di dunia.

Iran
Harga Petrol : RM 0.35
Iran pengeluar ke-8 di dunia..

Terima Kasih Muhyidin~! RAKYAT DIDAHULUKAN...

Tahniah Najib Razak,
Kerana berjaya memperbodohkan rakyat yang dah semakin cerdik !!!

Wednesday, May 18, 2011

INGATKAH KITA

Ingat Rosmah mansor ingat UMNO/BN
Ingat PKFZ Ingat UMNO/ BN,
Ingat Altantuya Ingat UMNO/ BN,
Ingat Beng Hock Ingat UMNO/ BN,
Ingat Bangunan Runtuh Ingat UMNO/ BN,
Ingat Jambatan Runtuh Ingat UMNO/ BN,
Ingat 889 billion lesap dari bumi Malaysia Ingat UMNO/ BN,
Ingat Engine Jet hilang Ingat UMNO/BN
Ingat Saham Bumiputra Hilang 52 Billion Ingat UMNO/ BN,
Ingat MAS Rugi Ingat UMNO/ BN,
Ingat Musa Aman ingat UMNO/BN,
Ingat Daya Saing Turun Ingat UMNO/ BN,
Ingat Prestasi Universiti Tempatan merosot Ingat UMNO/ BN,
Ingat Fitnah KES LIWAT (1 dan 2) Ingat UMNO/ BN,
Ingat Politik SEX Ingat UMNO/ BN,
Ingat Mansuh cukai Seluar dalam Ingat UMNO,
Ingat Mansuh cukai perfume dan kosmetik RM300 ke atas ingat UMNO/ BN.
Ingat Tidak tutup Aurat Ingat UMNO/ BN,
Ingat 1Malaysia E-Mail Ingat UMNO/ BN.
Ingat Tuduhan Anwar ada 4 billion di luar negara ( tapi sampai sekarang tiada bukti) Ingat UMNO/ BN.
Ingat Komen 1Malaysia oleh Tengku Razaleigh Ingat UMNO/ BN.
Ingat Malaysia jauh ketinggalan daripada Negara Singapura Ingat UMNO/ BN.
Ingat Rais Yatim Rogol Amah Ingat UMNO/ BN,
Ingat Rampas Tanah ingat UMNO/ BN.
Ingat Beli Kapal Selam tak Selam ingat UMNO/ BN.
Ingat Jual Telaga Minyak kepada Brunei Ingat UMNO/ BN.
Ingat Jual Air Murah kepada Singapura dan Air Mahal untuk Rakyat Johor ingat UMNO/ BN.
Ingat Bung Mokhtar Ingat UMNO/ BN.
Ingat Menteri Poco-Poco ingat UMNO/BN
Ingat Pengakuan Tun Mahathir bahawa beliau telah menzalimi Anwar Ingat UMNO/ BN.
Ingat (Tun Mahathir dan Daim) Pinjam Duit daripada World Bank pada tahun 1999 (tuduhan Anwar ajen Yahudi palsu) Ingat UMNO/ BN.
Ingat penundaan Projek Bakun Ingat UMNO/ BN.
Ingat kos pembinaan Empangan naik ingat UMNO/ BN.
Ingat DAP hapus miskin tegar dalam masa setahun (tapi lemah pemerintah P.Pinang dulu) Ingat UMNO/ BN.
Ingat Bising-bising dengan air percuma (Selangor ingin ringankan beban rakyat) Ingat UMNO/ BN.
Ingat Jumlah Pelaburan P.Pinang dan Selangor (Pimpinan Pakatan Rakyat) naik, Ingat UMNO/ BN lemah.
Ingat beri kerakyatan asing kepada Sabah tapi menyingkirkan kepentingan rakyat penduduk asli Sabah ingat UMNO/ BN.
Ingat cakap buruk semua orang ingat kerja UMNO/ BN.
Ingat fitnah politik kotor di dunia Cyber ingat UMNO/ BN.
Ingat Fitnah Utusan Meroyan Ingat UMNO/ BN.
Ingat Rampas Bible Ingat UMNO/BN,
Ingat haram nama ALLAH, ingat UMNO/BN.
Ingat haram perayaan Krismas terbuka, Ingat UMNO/BN.
Ingat rakyat MURUT di usir dari kampung sarudung tawau, ingat UMNO/BN
Ingat tanah kaum MURUT di rampas di kemabong ingat UMNO/BN
Ingat SAPP dikhianati, ingat UMNO/BN
Ingat Jamban Biru ingat UMNO/BN

Ingat Kesejahtaraan Rakyat Ingat HAPUSKAN UMNO/ BN.
Ingat Perpaduan Rakyat Malaysia Ingat HAPUSKAN UMNO/ BN.
Ingat Tolak Politik Perkauman Ingat HAPUSKAN UMNO/ BN.
Ingat Tolak Politik main sentimen keagamaan Ingat HAPUSKAN UMNO/ BN.
Ingat Masa Depan Semua Rakyat Malaysia yang lebih Cerah Ingat HAPUSKAN UMNO/ BN.

Ingat Ingin membina Malaysia yang Baru Ingat UMNO/ BN mesti dilenyapkan dari bumi ini.

OLEH Joseph Wilfred, Sabah (Dari Facebook - Frank Talk Group)

Tuesday, May 3, 2011

OSAMA BIN LADEN

Kematian Osama bin Laden : Respon Saya.


by Nik Abdul Aziz Nik Mat on Tuesday, May 3, 2011 at 3:35pm
.



1.Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.
2.Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.
3.Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.
4.Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.
5.Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

Sekian, wassalam.



TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Menteri Besar Kelantan.



Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M

Thursday, March 31, 2011

Saturday, March 26, 2011

Saturday, March 5, 2011

Buletin "Hairan" OnLine: [Video] Kelentong Retorik Fitnah lwn Fakta Retorik...

Buletin "Hairan" OnLine: [Video] Kelentong Retorik Fitnah lwn Fakta Retorik...: "Kalau baca blog pencacai UMCO, anda mungkin biasa dengan label 'Anwar pancut awal, Anwar lari, Anwar kecut, Anwar naik hantu' dan sebagainya..."

Sunday, February 27, 2011

Thursday, January 27, 2011

Warkahku #61 - Februari 2011


SILA KLIK GAMBAR BERKENAAN UNTUK MEMPERBESARKANNYA.

BUMIPUTERA!?

Salam Sejahtera para sahabatku / ALL THE GOOD WISHES MY FRIEND!Wednesday, January 26, 2011 12:30 PMFrom: "david lee" View contact detailsTo: moreSAYA TIDAK TAHU MENGAPA TIBA-TIBA PERKARA INI SAYA HARUS PERKATAKAN PADA PAGI INI.

BUMIPUTERA - INI SATU PERKATAAN BAGI SAYA YG AMAT SAYA BENCI. SAYA BENCI DULU, SEKARANG DAN SAMPAI BILA-BILA. APA KEJADAHNYA INI!!!!...TIBA-TIBA ORANG INDIA PUN JADI BUMIPUTERA???...PERKATAAN INI ATAU ISTILLAH INI YG DIPAKAI DI MALAYSIA TERCINTA INI HANYA UNTUK POLITIK. BAGI SAYA BUMIPUTERA SEBENAR DAN TULIN LAGI MURNI ADALAH MASYARAKAT ASAL MALAYSIA (YAKNI SENOI PRAAK, MAHMERI, JAKUN, NEGRITO, DAYAK, IBAN, DUSUN, MURUT, KADAZAN BAJAU DLL). SAUDARA, SAYA DAN MEREKA KITA SEMUA PENDATANG!!!....

TIDAK ADA GUNANYA SLOGAN 1MALAYSIA KALAU KITA TIDAK IKHLAS...KALAU HANYA INGIN MEMANCING UNDI!!

One person's superiority over another is not base on his race, economic status or nationality but on his God-conciousness and purity of character.

Dave Li, the fella on THEtree

Sunday, January 23, 2011

Apa ini!? Sebuah pertubuhan yg proxy kpd....

Latest From Tenang at UPU LABIS:

Tgh Malam tadi Sabtu (15 Jan 2011) .. nampaknya terserlah siapa dalang penyebar risalah buku kecik yg mcm buku story kanak2 dengan tersebarnya risalah ini.. sambil mempamerkan logo NGO PERKASA dengan mengeluarkan kenyataan perkauman dan menyatakan sokongannya terhadap BN bertambah2 kenallah bahawa PERKASA itu BN dan BN itu PERKASA.... haha... makasih ya PERKASA