Monday, May 30, 2011

DAP jawab tuduhan UMNO!

Sidang Redaksi Roketkini Menjawab tuduhan UMNO – Alahai, Tengku Adnan…

Sama ada mahu menegakkan benang yang basah atau cuma mahu membodek boss UMNO, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pun tak ketinggalan dalam sandiwara menghentam DAP. Tak ada apa yang baru dalam kutukannya melainkan mengulangi herdik lapok dan basi. Agaknya pemimpin UMNO ini ingat minda orang Melayu masih lapok dan basi. Mungkin ramai juga ahli UMNO yang meloya dengan skrip perkauman ala 1960-an ini. Segala tuduhan Tengku Adnan ini dilaporkan dengan oleh organ parti UMNO yang bernama Utusan Malaysia pada 25 Mei 2011

Tuduhan: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, siapalah DAP yang mahu memperbodohkan orang Melayu sedangkan realitinya rakyat sendiri sedar bahawa parti tersebut hanya bersandiwara untuk mendapatkan kuasa.

Jawapan: Siapa yang memperbodohkan siapa? Orang Melayu semakin sedar realiti semasa bahawa UMNO semakin terdesak untuk mengekalkan kuasa. Kebanyakan pemimpin UMNO takut untuk berubah kerana ubah bererti pentadbiran telus dan adil manakala penyelewengan dan salah guna kuasa dapat dikurangkan kalau tak dihapuskan pun – ini juga bererti segala perubahan positif itu akan menutup peluang kebanyakan pemimpin UMNO dan kroni mereka mengaut keuntungan untuk diri dan keluarga mereka sahaja atas nama “Melayu”.

Tuduhan: Katanya, rancangan itu juga merupakan bukti bahawa DAP hanya menggunakan orang Melayu sebagai batu loncatan bagi meraih kedudukan semata-mata.

Jawapan: Siapa yang sebenarnya menggunakan orang Melayu sebagai batu loncatan untuk mendapat keududukan? Bukankah para pemimpin UMNO yang hidup senang-lenang sedangkan masih ramai Melayu miskin bukan sahaja di luar bandar tetapi juga di dalam bandar?

Tuduhan: “Inilah DAP yang tidak tahu menghargai apatah lagi untuk menghormati kebersamaan dan peranan yang dimainkan oleh semua kaum di negara ini malah sebaliknya mereka berbuat baik dengan orang Melayu kerana ada agenda tersembunyi”.

Jawapan: Bukan sahaja DAP menghormati kebersamaan dan peranan semua kaum, malah DAP mengamalkannya dan bukan cakap kosong. DAP bersama PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat mengamalkan pentadbiran cekap, akauntabel dan telus, dan ini dibuktikan di semua pentadbiran negeri-negeri Pakatan. Siapa yang ada agenda tersembunyi? Siapa yang menjerit 1Malaysia dan 1Melayu 1Bumiputera dalam nada dan nafas yang sama? Siapa yang memberi amaran kepada MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain parti komponen BN supaya jangan pertikai amalan dan kepimpinan UMNO?

Tuduhan: “DAP ini parti yang akan gunakan apa sahaja cara asalkan dapat mencapai matlamat mereka untuk mendapatkan kuasa.”

Jawapan: Para pemimpin dari parti mana yang menggunakan apa sahaja cara asalkan dapat mengekalkan kuasa termasuk memfitnah kononnya ada usaha menubuhkan negara Kristian, kononnya mahu merampas hak Melayu? Yang terbukti mmebuat tuduhan-tuduhan ini adalah para pemimpin UMNO.

Tuduhan: DAP tidak akan mengiktiraf orang Melayu dan meletakkannya di tempat yang tinggi kecuali mempunyai agenda tersembunyi.

Jawapan: Undang-undang tertinggi di Malaysia adalah Perlembagaan Persekutuan. DAP dan Pakatan Rakyat menjunjung Perlembagaan. Segala apa yang hak kepada orang Melayu dan kaum-kaum lain diberikan sepenuhnya oleh pentadbiran negeri-negeri Pakatan. Sebagai contoh, di Pulau Pinang, nasib dan kebajikan orang Melayu dijaga dengan baik tanpa menafikan hak-hak kaum lain. Guru-guru agama Islam, para huffaz, para warga tua dan mereka yang memerlukan sentiasa dibela. Pulau Pinang yang mempunyai dua majlis perbandaran MPPP dan MPSP masing-masing diketuai dua wanita Melayu Islam, yang pertama di Malaysia. Di mana bukti kononnya orang Melayu tidak diiktiraf oleh DAP? Tak kan cara UMNO bagi t-shirt percuma kepada para belia dalam kursus-kursus mereka sudah dianggap mengiktiraf orang Melayu…

Tuduhan: DAP sebenarnya mahu orang Melayu menjadi ‘pak turut’ kepada mereka yang boleh dicucuk hidung, ‘disuruh angguk mereka angguk, suruh geleng mereka geleng’ seperti yang telah berlaku di Perak sewaktu diperintah pembangkang dan juga di Selangor ketika ini.

Jawapan: Ini kes kronik mata rabun seorang pemimpin UMNO, ‘kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak’. Tanyalah orang Melayu, Cina, India, Orang Asli atau sesiapa sahaja di Selangor dan Perak; bantuan dan pertolongan yang disumbangkan oleh kerajaan negeri Pakatan, kalau pun tak terlalu hebat, jauh lebih baik hari ini berbanding zaman kroni UMNO-BN sahaja yang sapu bersih dahulu. Malah banyak lagi sumbangan yang mampu diberikan oleh kerajaan negeri Pakatan jika Kerajaan Pusat tidak menyekat bantuan. Malah Kerajaan Pusat masih berdegil enggan memberi hak royalti minyak yang menjadi hak sah negeri Kelantan. Mengapa masih ramai Melayu miskin di negeri-negeri di bawah pemerintahan UMNO? Apakah kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak sudah kaya-raya dan hidup mewah makmur di bawah pemerintahan BN? Jadi siapa yang mahu Melayu jadi pak turut yang boleh dicucuk hidung? Siapa yang tahu ada kura-kura dalam perahu tapi pura-pura tak tahu? Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Tuduhan: Tujuan DAP adalah untuk menimbulkan kekeliruan kepada rakyat, menjadikan masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai bangsa merasa tercabar serta marah, berlaku prasangka antara kaum sehingga keamanan negara tidak terjamin.

Jawapan: Siapa yang memfitnah angkara menubuhkan negara Kristian? Siapa yang mengadu domba kaum-kaum di Malaysia? Siapa yang sering memberi amaran kepada masyarakat pelbagai kaum supaya jangan menegur atau mempertikaikan amalan buruk UMNO? Siapa yang memfitnah Anwar Ibrahim? Siapa yang memfitnah Tok Guru Nik Aziz? Siapa yang memfitnah Lim Guan Eng? Siapa yang menggelar kaum India dan Cina sebagi pendatang? Siapa yang mencetuskan kekeliruan sehingga keamanan negara tidak terjamin?

Tuduhan: Tetapi strategi itu ternyata tidak membuahkan hasil, jadi mereka (DAP) kini merencanakan alternatif lain dengan menjadikan orang Melayu pula calon dalam parti mereka.

Jawapan: Siapa yang sebenarnya takut dengan bayang-bayang sendiri? Sejak bila parti politik tidak boleh menjadikan orang Melayu sebagai calon? Apakah itu hak UMNO semata-mata untuk meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya? DAP sebagai parti pelbagai kaum telah dan akan terus meletakkan calon-calon Melayu dalam pilihan raya, sebagaimana yang dilakukan sejak penubuhannya 45 tahun lalu. Malah DAP sentiasa meletakkan calon Melayu sepanjang 10 pilihan raya yang disertainya dan akan terus berbuat demikian selaras dengan prinsipnya sebagai wadah pelbagai kaum. – Roketkini.com

Saturday, May 28, 2011

TERIMAKASIH !!!

Terima Kasih





Malaysia
Harga Petrol : RM 1.90
Malaysia pengeluar ke-27 di dunia.

Qatar
Harga Petrol : RM 0.75
Qatar pengeluar ke-22 di dunia.

Oman
Harga Petrol : RM1.00
Oman pengeluar ke-28 di dunia.

Egypt @ Mesir
Harga Petrol : RM 1.06
Egypt pengeluar ke-29 di dunia.

Iran
Harga Petrol : RM 0.35
Iran pengeluar ke-8 di dunia..

Terima Kasih Muhyidin~! RAKYAT DIDAHULUKAN...

Tahniah Najib Razak,
Kerana berjaya memperbodohkan rakyat yang dah semakin cerdik !!!

Wednesday, May 18, 2011

INGATKAH KITA

Ingat Rosmah mansor ingat UMNO/BN
Ingat PKFZ Ingat UMNO/ BN,
Ingat Altantuya Ingat UMNO/ BN,
Ingat Beng Hock Ingat UMNO/ BN,
Ingat Bangunan Runtuh Ingat UMNO/ BN,
Ingat Jambatan Runtuh Ingat UMNO/ BN,
Ingat 889 billion lesap dari bumi Malaysia Ingat UMNO/ BN,
Ingat Engine Jet hilang Ingat UMNO/BN
Ingat Saham Bumiputra Hilang 52 Billion Ingat UMNO/ BN,
Ingat MAS Rugi Ingat UMNO/ BN,
Ingat Musa Aman ingat UMNO/BN,
Ingat Daya Saing Turun Ingat UMNO/ BN,
Ingat Prestasi Universiti Tempatan merosot Ingat UMNO/ BN,
Ingat Fitnah KES LIWAT (1 dan 2) Ingat UMNO/ BN,
Ingat Politik SEX Ingat UMNO/ BN,
Ingat Mansuh cukai Seluar dalam Ingat UMNO,
Ingat Mansuh cukai perfume dan kosmetik RM300 ke atas ingat UMNO/ BN.
Ingat Tidak tutup Aurat Ingat UMNO/ BN,
Ingat 1Malaysia E-Mail Ingat UMNO/ BN.
Ingat Tuduhan Anwar ada 4 billion di luar negara ( tapi sampai sekarang tiada bukti) Ingat UMNO/ BN.
Ingat Komen 1Malaysia oleh Tengku Razaleigh Ingat UMNO/ BN.
Ingat Malaysia jauh ketinggalan daripada Negara Singapura Ingat UMNO/ BN.
Ingat Rais Yatim Rogol Amah Ingat UMNO/ BN,
Ingat Rampas Tanah ingat UMNO/ BN.
Ingat Beli Kapal Selam tak Selam ingat UMNO/ BN.
Ingat Jual Telaga Minyak kepada Brunei Ingat UMNO/ BN.
Ingat Jual Air Murah kepada Singapura dan Air Mahal untuk Rakyat Johor ingat UMNO/ BN.
Ingat Bung Mokhtar Ingat UMNO/ BN.
Ingat Menteri Poco-Poco ingat UMNO/BN
Ingat Pengakuan Tun Mahathir bahawa beliau telah menzalimi Anwar Ingat UMNO/ BN.
Ingat (Tun Mahathir dan Daim) Pinjam Duit daripada World Bank pada tahun 1999 (tuduhan Anwar ajen Yahudi palsu) Ingat UMNO/ BN.
Ingat penundaan Projek Bakun Ingat UMNO/ BN.
Ingat kos pembinaan Empangan naik ingat UMNO/ BN.
Ingat DAP hapus miskin tegar dalam masa setahun (tapi lemah pemerintah P.Pinang dulu) Ingat UMNO/ BN.
Ingat Bising-bising dengan air percuma (Selangor ingin ringankan beban rakyat) Ingat UMNO/ BN.
Ingat Jumlah Pelaburan P.Pinang dan Selangor (Pimpinan Pakatan Rakyat) naik, Ingat UMNO/ BN lemah.
Ingat beri kerakyatan asing kepada Sabah tapi menyingkirkan kepentingan rakyat penduduk asli Sabah ingat UMNO/ BN.
Ingat cakap buruk semua orang ingat kerja UMNO/ BN.
Ingat fitnah politik kotor di dunia Cyber ingat UMNO/ BN.
Ingat Fitnah Utusan Meroyan Ingat UMNO/ BN.
Ingat Rampas Bible Ingat UMNO/BN,
Ingat haram nama ALLAH, ingat UMNO/BN.
Ingat haram perayaan Krismas terbuka, Ingat UMNO/BN.
Ingat rakyat MURUT di usir dari kampung sarudung tawau, ingat UMNO/BN
Ingat tanah kaum MURUT di rampas di kemabong ingat UMNO/BN
Ingat SAPP dikhianati, ingat UMNO/BN
Ingat Jamban Biru ingat UMNO/BN

Ingat Kesejahtaraan Rakyat Ingat HAPUSKAN UMNO/ BN.
Ingat Perpaduan Rakyat Malaysia Ingat HAPUSKAN UMNO/ BN.
Ingat Tolak Politik Perkauman Ingat HAPUSKAN UMNO/ BN.
Ingat Tolak Politik main sentimen keagamaan Ingat HAPUSKAN UMNO/ BN.
Ingat Masa Depan Semua Rakyat Malaysia yang lebih Cerah Ingat HAPUSKAN UMNO/ BN.

Ingat Ingin membina Malaysia yang Baru Ingat UMNO/ BN mesti dilenyapkan dari bumi ini.

OLEH Joseph Wilfred, Sabah (Dari Facebook - Frank Talk Group)

Tuesday, May 3, 2011

OSAMA BIN LADEN

Kematian Osama bin Laden : Respon Saya.


by Nik Abdul Aziz Nik Mat on Tuesday, May 3, 2011 at 3:35pm
.



1.Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.
2.Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.
3.Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.
4.Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.
5.Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

Sekian, wassalam.



TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Menteri Besar Kelantan.



Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M