Monday, November 9, 2009

INILAH MEREKA, 27 HADIRIN DI PSA - SBS'62, 03 OKT.2009



Nah inilah mereka 27 para sahabat yg akrab lagi mesra di hari PSA5-SBS'62 di rumah Fadzil Murad, dekat Lebuhraya Sultanah Bahiyah (Masjid Aman), Alor Setar, Kedah. Dan USUL GHAFLI KAMARUDIN pun menulis begini:
" 27 rakan classmates menyahut jemputan Perjumpaan Silaturrahmi Aidilfitri 5, SBS '62 (PSA5-SBS'62). 19 rakan bawa isteri. Haji dari Shah Alam jadi khalifah baca Yassin dan Tahlil dan Doa dibaca oleh Haji dari Taman Jayakami Alor Setar. Seorang rakan dan isteri datang dari Shah Alam. Seorang rakan (Datuk) dan Datin datang dari Kuala Lumpur. Seorang rakan datang solo dari Pengkalan Hulu, Perak. Dua rakan dan isteri datang dari Pulau Pinang. Selebihnya dari daerah-daerah Kedah. Dua Rakan yg datang telah menjalani heart bypass. Seorang baru keluar hospital menjalani audiogram. Dua rakan bawa isteri - baru keluar hospital. Dua rakan datang kali pertama. Dua rakan yg pernah kena stroke pun datang. Seorang rakan dari Kulim mendapat berita pagi tersebut bahawa dia dan isteri akan menjadi tetamu Allah tahun ini dan akan berangkat hujung bulan Oktober - be4rkat baca Yassin. Seorang rakan berjanggut panjang tiada gigi. Ada rakan pakai songkok - pakai ketayap - yg rambut hitam ada, yg beruban ramai. Seorang rakan bawa ikan siakap masak 10 rasa, yg bawa gado-gado pun ada dan tokua utk siapa? Semua isteri yg hadir diberi cenderamata, begitu juga rakan-rakan yg datang solo. Empat senior sekitar Alor Setar dijemput hadir dan seorang lagi datang solo. Ada rakan (tabib) promosi minyak angin - percuma hadiah kpd semua yg hadir. Ada juga rakan yg masih merokok walaupun di kotak ada gambar ngeri - yg tak merokok pun kena kanser. Ada rakan yg menyesal isteri tak ikut sama. Ada Bakaq tiada Abu ada Awang.

SEPERTI BIASA LETAK SESUMPAH ATAU KURSOR PADA GAMBAR & KLIK UTK LIHAT GAMBAR YG LEBIH BESAR!

No comments:

Post a Comment